Apakah supplement atau Makanan Tambahan


     Sebut je suplement, ramai yang salah tafsir kepada ubat...
"Oh sori,saya tak nak makan ubat ni..takut la,nanti efek pada buah pinggang,bla..bla..bla...".. 
   Ini adalah salah sama sekali. Ubat adalah ubat. Ubat adalah yang kita ambil bila kita sakit. Tapi,supplement atau makanan tambahan,adalah,makanan yang kita ambil untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat. Bila merujuk kepada mentaliti..ambik supplement ni boleh sebabkan sakit buah pinggang,sakit itula ,sakit ini la...itu bergantung kepada diri kita sendiri...Jom kita sama-sama renung sejenak...Jika gula,diambil secara berlebihan,boleh mendatangkan penyakit kencing manis,garam pula boleh menyebabkan darah tinggi...Nasi pula,sumber karbohidrat..jika diambil secara berlebihan,boleh menyebabkan obesiti...Apa-apa makan pun,jika di ambil secara berlebihan,boleh mendatangkan penyakit dan kemudaratan. Jadi bersederhana la kita dalam apa jua yang kita lakukan. Sebab itulah juga,sesiapa sahaja yang mengambil suplement di sarankan untuk mengambil air yang cukup. (Sekurang-kurangnya 3 liter sehari). Ini bagi membantu penyerapan nutrisi supplement ke dalam badan dengan lebih berkesan. Jenis supplement yang kita ambil juga turut mempengaruhi sistem tubuh kita. Adakah ia Vitamin sintetik?Vitamin Organik?atau Vitamin semulajadi?? Jika kita sayangkan tubuh kita,dan inginkan yang terbaik..semestinya kita akan memilih Vitamin Semulajadi. Tapi apakah Vitamin Semulajadi??


"Saya dah amik supplement,jadi saya tak perlu makan.."
   Hakikatnya,suplement adalah MAKANAN TAMBAHAN. Makanan yang diambil untuk menambah atau top up nutrisi yang kurang dalam badan kita. Juga ramai yang salah tafsir..Bila kita dah mengambil makanan tambahan atau suplement ni,kita dah tak payah ambil makanan harian. Walaupun kita sudah mengambil supplement atau makan tambahan,kita masih lagi perlu untuk mengambil makanan asas..Sarapan,lunch,dinner etc. Badan kita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada makan tambahan atau supplement. Nama pun Makanan TAMBAHAN..makanan yang kita ambil sebagai tambahan...di ulangi...TAMBAHAN ok..


"Saya makan makanan seimbang setiap hari..cukup semua,protein,karbohidrat..bla..bla...Jadi saya dah tak perlukan supplement"..

    Memang sangat bagus jika kita mampu mengambil menu sihat setiap hari. Dari sarapan hingga ke makan malam,sememangnya kita perlu memastikan diet yang sihat dan pengambilan menu yang seimbang serta mencukupi nutrisinya. Tetapi,adakah kita benar-benar yakin dengan nutrisi yang dapat diserap oleh badan kita mencukupi. 

  Sebagai contoh sayur-sayuran. Jika dimasak secara berlebihan,atau dimasak di atas haba yang berlebihan,secara sedar atau tidak,ini akan merosakkan nutrisi yaang terkandung dalam sayuran tersebut. Sesetengah vitamin pula amat sensitif dan mudah rosak terhadap haba. Begitu juga dengan sumber protein. Protein juga mudah rosak jika dikenakan haba yang berlebihan. Jadi,adakah kita benar-benar yakin yang sumber protein yang terdapat dalam lauk pauk yang kita makan itu berada pada tahap yang optimum?? 

   Belum dihitung lagi dengan penggunaan bahan kimia pada sayuran,ikan,ayam,lembu, buah-buahan dan dsb. Penggunaan racun perosak,baja kimia dan sebagainya juga mempengaruhi makanan yang kita ambil. Kadar nutrisi dalam makanan ini juga secara tak langsung turut dipengaruhi.

  Jika ada cara yang lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita,mengapa tidak kita gunakannya. Mengambil supplement bukan satu pembaziran,kerana ia adalah untuk diri kita sendiri. Kepada ibu bapa juga,menjaga kesihatan anak,pengambilan nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting bagi mereka. Nutrisi yang mencukupi memberi pengaruh dam impak yang besar terhadap perkembangan  anak-anak yang sedang membesar. Tak guna kalau hantar anak ke tempat pendidikan yang mahal,tp jika otak mereka tidak cerdas,mereka mungkin tidak dapat menumpukan perhatian dan pembelajaran mereka. 
Jadi fikir-fikirkan lah...Kesihatan adalah sesuatu yang amat bernilai dan berharga. Jika kita tidak mulakan sekarang,bila lagi kan??Lagi pula,apa yang kita makan,mempengaruhi kesihatan dan kehidupan kita. 

   Kesihatan,kebahagiaan,dan nilai diri kita,hanya kita yang mampu tentukannya..Bukan mak cik kantin,bukan mak cik cleaner,bukan kawan-kawan atau Ketua Jabatan kita (Tetiba masuk Ketua Jabatan pilak...kikikiki)

Apa-apa pun..renung-renungkan dan selamat membuat keputusan....



Jika anda ada Sebarang Pertanyaan,konsultasi dan pesanan jangan segan untuk hubungi saya di :



No comments:

Post a Comment