Glisemik merupakan ukuran tentang kesan pengambilan karbohidrat ke atas paras glukosa dalam darah. Apabila banyak penukaran glukosa dalam tubuh selepas makan,jadi makin tinggilah GI (Glisemik Indeks) makanan tersebut. Makin tinggi G.I sesuatu makanan,lagi banyak glukosa akan diserap oleh tubuh,maka paras glukosa dalam tubuh akan jd tinggi. Bila paras glukosa dalam tubuh tinggi, kenaikan paras insulin dalam badan juga akan jadi tinggi. Paras insulin dalam badan inilah yg akan menentukan kuantiti lemak yang akan disimpan dalam badan. ( Bila insulin tinggi, maka banyaklah lemak yang akan disimpan dalam badan).
Kelas G.I
Makanan karbohidrat dikelaskan kepada 3 kelompok:
- G.I tinggi ( > paras 70)
- G.I sederhana ( antara 55- 69)
- G.I rendah (< paras 55)
Apabila makin tinggi nilai G.I sesuatu karbohidrat,maka lagi banyak insulin yg akan dirembeskan (timdakbalas karbohidrat tersebut). Insulin yang dirembes dgn banyak ini adalah untuk tujuan membawa / menghantar glukosa ke dalam sel.
Bila paras Glukosa dalam darah jatuh secara mendadak, otak akan berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, ini akan memberikan isyarat terhadap badan bahawa kita masih lagi lapar dam perlu makan. Ini akan menyebabkan kita makan secara berlebihan. Sbb tula kadang2 kita rasa cepat lapar atau selalu nak makan.
P/S : MEALSHAKE dari Shaklee juga merupakan makanan yang rendah Glisemik.
No comments:
Post a Comment