Wahhh....tengok tajuk entry pun dah tau saya nak citer pasal aiskrim kan..aiskrim versi melayunya,popsicle plok versi English nya...Ye la dengan cuaca yang panas terik sekarang ni...memang kadang-kadang nak jugak sesuatu yang sejuk untuk tekak...Lagi-lagi anak dara saya sorang ni sekarang,24 jam mintak aiskrim...Maknya plak kena la rajin buat aiskrim...
Tapi,sebut je aiskrim,kita dah tau dah,aiskrim kat kedai tu ,tinggi kandungan gulanya,lemak pun tinggi..semua tinggi la..tambah pulak,mesti la kat kilang tu guna perisa,pewarna dan segalanya tiruan. Kalau guna yang semulajadi..bankrap la agaknya tokey kilang aiskrim..hehehe...
Saya cuba browsing resepi-resepi popsicle atau aiskrim kat internet...Sebagai mak,saya cuba untuk buat makanan anak saya berkhasiat,dan juga cuba untuk pelbagaikan cara bagaimana untuk anak saya menikmati makanan berkhasiat mengikut cara yang disukainya... Memang banyak sangat...pilih je..tapi untuk hari ni,saya sempat buat 2 resepi sahaja..Strawberry Peach Meal Shakes Aiskrim dan Kurma Meal Shakes Aiskrim. (Mentang-mentangla bulan ni ade promosi Meal Shakes,semua benda nak letak Meal Shakes)..
Saya kongsikan resepi 2 aiskrim yang berkhasiat ni:
Strawberry Peach Meal Shakes Aiskrim
Ni gambar Hiasan je tau..Tapi lebih kurang macam ni la rupanya |
- 150 gm Fresh Strawberry (chopped)
- 1 biji Peach (roughly chopped)
- 3/4 cawan santan segar
- Madu
- 1 sudu kecil Meal Shakes
Cara buat :
- Masak santan sekejap (resepi asal tak masak,tapi sebab takut kembung perut,saya olah skit),biarkan sejuk.
- Dalam sauce pan,masukkan Strawberry dan Peach yang dipotong,masukkan satu sudu besar air,masak hingga peach jadi lembut. Kacau sesekali. Bila dah lembut,tutup api dan biar sejuk. Then masukkan madu ikut kemanisan yang diingini.
- Bila dah sejuk,campuran tu dikisar hingga jadi puri.
- Campurkan Meal Shakes ke dalam puri ni,dan sedia untuk di sejuk bekukan.
- Ready to eat. (^_^)
Kurma Meal Shakes Aiskrim
- 150 gm kurma (nak lebih pun boleh)-buang biji,kalau rajin,potong kecik-kecik.
- 3/4 cawan santan segar
- Madu
- 1 sudu kecil Meal Shakes
Cara:
- Campur kurma dan santan,kemudian masak hingga kurma lembut.
- Dah lembut,sejukkan,dan campurkan sedikit madu.
- Kisar hingga jadi puri,then masukkan Meal Shakes.
- Letak dalam mould aiskrim.Sejuk beku kan
- Ready to eat. (Rasanya ala-ala aiskrim potong)
Siapa kata,makanan yang berkhasiat tak sedap?? Ia terpulang pada kreativiti kita bagaimana untuk jadikannya sedap ke tak...Bak kata walls..HIDUP BIAR SEDAP..tapi saya tambah sikit..LAGI SEDAP BILA SIHAT.. betul tak?hehehe...
Kepada ibu-ibu yang ada anak susah nak makan,memilih,susah nak minum susu..mungkin boleh cuba resepi ni...
Selamat Mencuba..
(^_^)
Jika anda ada Sebarang Pertanyaan,konsultasi dan pesanan jangan segan untuk hubungi saya di :
- fb:Nasriah Ashikin Mat Nadzir
- sms/whatApps :012 9553405
- email : nasriaheid@gmail.com
- fb : www.facebook.com/sufisecret sila LIKE untuk tip-tip cantik dan sihat
No comments:
Post a Comment