5 Makanan untuk Mata Sihat

Kecik-kecik dulu kita selalu je kena marah dengan mak kalau tak makan sayur... Lagi-lagi kalau tak makan karot/ lobak merah . Konon-kononnya karot baik untuk mata. Itu memang betul, tapi bila bercakap pasal makan yang bagus untuk mata, bukan karot je yang bagus, ada lagi makan-makan yang dapat membantu dan memberi nutrisi untuk mata yang sihat. Bila sebut mata, banyak bahagian mata yang perlu dijaga,dan bukan sekadar anak mata sahaja.  Semua bahagian ini perlu mendapatkan zat dan vitamin bagi memastikan mata berfungsi dengan baik.

Kesemua lima makanan di bawah mempunyai 'a little something"perbezaan untuk membantu memaksimakan kesihatan dan kecantikan bola mata.

Sayuran berdaun hijau
 Aiyyakkk...sayur hijau??..Tak payah cakap anak kecil..orang beasr pun adeyang tak nak makan sayur hijau ni...sampai ade je yang bagi alsan tak nak makan sayur hijau ni sebab pedas...pedas la sangat kan..hehehe.. Tapi sayur hijau ni kata dengan LUTEIN dan ZEAXANTHIN, ANTIOKSIDA. Kesemua 3 agen ni dapat mengurangkan risiko katarak. Contoh sayur hijua yang bagus adalah bayam..haa..sebab tu la Popeye the sailorman tu makan bayam..Bukan saja untuk kuatkan badan dia tapi mata dia juga..nama pun popEYE...Tapi..selain bayam..ada banyak lagi sayur berdaun hijau yang bagus untuk mata.
Bayam untuk Mata Sihat

Telur
Sape tak suka telur...omelet ke..telur mata,half boil ke..semua sedap..kanak-kanak pun suka ni..Kuning telur merupakan sumber utama LUTEIN,ZEAXANTHIN dan juga ZINK. Ketiga-tiga agen ini juga membantu mengurangkan risiko 'macular degeneration'.

Nak mata yang sihat? Makan la telur mata ^_^


Buah dan Kekacang
Buahan citrus dan beri bukan sahaja sumber kepada vitamin C, tapi kedua-dua buahan ini juga dapat mengurankan risiko kemerosotan macular dan katarak. Kekacang seperti badam pula kaya dangan vitamin E, dan vitamin E ni dapat memperlahankan kesan kemerosotan macular.

Bukan saja sedap, tapi bagus untuk mata
Fatty fish
Kebanyakan ikan yang berlemak mempunyai kandungan omega, DHA serta asid lemak. Semua ni terdapat dalam retina. Jika mata kita mempunyai aras DHA, dan asid lemak yang rendah ia dapat menyebabkan simptom mata kering. Jadi ikan seperti Tuna, Salmon, Sardin dan bilis bukan saja sedap tapi juga bagus untuk mata. Selamat tinggal pada eye drops....

Salmon, Tuna, Sardin antara ikan yang bagus untuk mata yang sihat


Nasriah Ashikin
Shaklee ID : 881959
SMS/Whatsapp : 012 9553405
Email : nasriaheid@gmail.com

No comments:

Post a Comment