Kalsium memang sangat penting dan diperlukan oleh semua orang...
antara kelebihan dan manfaat kalsium adalah :
- Untuk Pembentukan dan pemeliharaan tulang serta gigi.
>> Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan pertumbuhan tulang kanak-kanak tidak sempurna,malah mereka juga boleh menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi. Mineral pada tulang dan gigi orang dewasa akan diperbaharui setiap 7 tahun sekali.
- Pencegahan Osteoporosis.
>> Apabila kita mengambil kurang kalsium seyiap hari, tubuh kita akan menembilnya dari 'bank kalsium' iaitu [ada tangan,kaki serta tulang-tulang yang lain. Jika kita mengambil kadar kalsium yang kurang pada jangka masa yang lama, dapat mengakibatkan tubuh mengambil kalsium dari tulang-tulang padat yang lain. Ini akan menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah (osteoporosis). Jika seseorang wanita dari umur 20 tahun mengambil kurang dari 400 mg lebih rendah kalsium pada kadar yang sepatutnya setiap hari, pada umur 55 tahun, 1/3 dari tumag ditubuhnya akan atau berpotensi menjadi reput.
- Penyimpanan glikogen
>> Kalsium sangat penting dan berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Tubuh kita akan sentiasa berasa lapar bila tidak ada kalsium,kerana badan tidak dapat menyimpan glikogen tanpa kalsium.
- Melancarkan fugsi otot,otak dan sistem saraf.
>> Otot,otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan otot dan gangguan fungsi otak serta sistem saraf.
SIHAT adalah MAHAL
(^_^)
Info diambil dari http://majalahkesehatan.com
No comments:
Post a Comment