Prinsip pemakanan bayi dan kanak-kanak - Prinsip 1



PRINSIP 1

Amalkan penyusuan susu ibu secara ekslusif dari lahir hingga anak berusia 6 bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur 6 bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.

  • Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.
  • Ibu perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul.
  • Penyusuan susu ibu harus diberi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air termasuk air kosong.
  • Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas nasihat profesional perubatan.
  • Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah 6 bulan harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab-sebab perubatan atas arahan profesioanl perubatan.
  • Bayi yang tidak menyusu susu ibu mesti diberi rumusan bayi yang diperkaya dengan zat besi.
sumber : Bahagian Pemakanan KKM (2008)

No comments:

Post a Comment