Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk permata hati mereka..Benda yang paling penting yang sentiasa menjadi asas penting untuk si kecil adalah PEMAKANAN. Kadang-kadang, kita sebagai ibubapa ni rasa mcm dah bagi yang terbaik untuk anak2..semestinya kita nk bagi yg berkhasiat..
Kebanyakkan ibubapa tahu,pemakanan mempunyai pengaruh yg besar terhadap perkembangan tumbesaran anak-anak...Di sini saya kongsikan panduan @ prinsip pemberian makanan bayi @ kanak-kanak.
PRINSIP 1
- Amalkan penyusuan susu ibu secara ekslusif dari lahir hingga anak berusia 6 bulan. makanan pelengkap perlu diberi mulai umur 6 bulan (180 hari) disamping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.
PRINSIP 2
- Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia 6 bulan. Penyususan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
- Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keprluan tenaga. Tingkaktkan amaun makanan mengikut umur.
PRINSIP 4
- Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging,ayam,ikan,telur,susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
- Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut perkembangan serta keupayaannya.
PRINSIP 6
- Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
PRINSIP 7
- Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
PRINSIP 8
- Amalkan penyediaan,pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.
PRINSIP 9
- Semasa sakit,berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.
No comments:
Post a Comment