Hari ni saya nak share pasal Wilbarger Protocol. Actually
baru je tahu pasal ni sebab cikgu tadika anak yang mention, dan mintak saya
cari 'Sensory Brush’ untuk buat terapi kat anak. Anak saya ni memang normal, it just that cikgu
perasan dia tak de eye contact bila communicate, dan tak de focus bila buat
sesuatu kerja. So dengan teknik Wilbarger ni katanya dapat improve attention
span kat kids.
What is Wilbarger Protocol?
Wilbarger Protocol ni di cipta oleh Patricia Wilbarger
seorang Occupational Therapist dan Psychologist yang mahir dalam Sensory
deffensiveness.Wilbarger protocol ni melibatkan Wilbarger Deep Pressure and
Proprioceptive Technique (DPPT) dan Oral Tactile Technique (OTT). Tapi saya tak
kan kupas pasal OTT, saya hanya akan focus pada DPPT sahaja. Pendekatan terapi
atau protocal ini melibatkan 4 pendekatan iaitu Brushing, Joint compressions,
sensory Diet dan Oral Stimulation. Juga saya takkan kupas semua pendekatan ini,
saya hanya akan focus pada brushing sahaja.
Kalau diikutkan apa yang saya dapat melalui pembacaan saya,
Wilbarger protocol ni di reka untuk mereka yang mempunya masalah Sensory
modulation dan Sensory defensiveness. Antara kelebihan terapi ini adalah, ia
dapat meningkatkan brain and body self regulation mengurangkan tactile
defensiveness dan mengoptimunkan daya kepekaan dalam diri. Biasanya, terapi ni
hanya dilakukan oleh ahli terapi yang berkelayakan sahaja. Tapi,jika untuk buat
Brushing, kita boleh buat ni kat rumah.
Brushing.
Bukan semata-mata menggosok. Terapi ni perlu menggunakan
berus yang spesifik. Berus ni juga dikenali sebagai sensory brush atau
Therapressure brush. Dengan berus ni, anak-anak akan digosok (dengan tekanan
yang sedikit kuat dikenakan pada berus/ deep pressure). Kawasan-kawasan yang boleh
diberus adalah tangan dan lengan, belakang, kaki dan juga ibu jari kaki. Jangan
sekali-kali memberus dikawasan kepala, perut,dada dan kawasan alat sulit.
Dengan menggunakan sensory brush ni, mak ayah tak perlu
risau jika akan menyakitkan anak-anak. Ia tak sakit pun, dan berusnya juga
sangat lembut.
Wilbarger Protocol Therapeutic Brushing source: pinterest |
Bila nak buat?
Ada yang suggest brushing ni dibuat setiap 90 minit. Tapi bagi
saya ia kurang sesuai kerana anak berada di taska, tak de kerja pulak cikgu nak
mengadap dia je every 90 minit..hahaha. setelah berbincang dengan cikgu, we
agreed that the brushing terapi will be done during the morning( when my kids
just arrived at kindergarden) dan juga pada waktu malam ( sebelum tidur). Jadi two parties will take involved this theraphy which is me and her teacher.
Anak saya normal, kena buat juga ke??
Terapi ini bukan hanya khas untuk anak-anak yang autism sahaja. Ia boleh dilakukan pada anak-anak yang normal juga bagi menigkatkan daya fokus dan awareness mereka.
Ini la serba sedikit mengenai Wilbarger Protocol Therapeutic Brushing. Nanti saya akan share kan output yang saya dapat hasil dari terapi ni. Selain dari teknik ni, pemakan juga perlu diambilkira. kena elakkan makanan yang sarat dengan MSG. Banyakkan makan makan yang sihat dan boleh juga diberikan OmegaGuard yang sangat bagus untuk otak mereka.
No comments:
Post a Comment