Vitamin A dan Carotene

             

           Vitamin A ni merupakan vitamin pertama yang dijumpai pada tahun 1913. Tapi,kepentingan Vitamin A ni dah lama dah diketaui,sejak zaman Greek lagi. Pada zaman tu, Hippocrates (Father of modern medicine) telah menasihatkan pesakit beliau yang mengalami masalah mata untuk mengambil hati lembu sebagai salah satu dari menu harian mereka. Dan bila pesakit ni mengikut nasihat Hippocates ni, masalah rabun yang dialami dapat diatasi,terutamanya masalah penglihatan pada waktu malam. Hippocrates sendiri tak tahu bagaimana pengambilan hati lembu ni dapat membantu memulihkan masalah rabun. Tapi,hari ni,kita tahu,hati lembu merupakan salah satu dari sumber yang kaya dengan Vitamin A,`dan untuk mata yang cantik sihat,semestinya vitamin A yang cukup amat diperlukan.

Kenapa Kita perlukan Vitamin A

         Pada awal Vitamin A dijumpai,ia lebih dikenali sebagai 'ejen anti-infective'. Vitamin A membantu tubuh kita membentuk batas atau had yang kuat terhadap badan bagi menghalang jangkitan. Vitamin A membantu tisu-tisu yang menyelaputi permukaan dalaman dan luaran tubuh kita (kulit,mata,mulut,hidung,tekak,paru-paru,saluran penghadaman dan saluran kencing)-untuk membesar dan dapat diperbaiki dengan sendiri. Tanpa Vitamin A,sel-sel ini tidak mampu untuk berkembang,atau senang citer ia jadi macam tumbuhan kering...tak mampu untuk tumbuh dengan subur.

        Bila sel-sel kita ni tidak sihat, kuman akan senang memasuki badan. Vitamin A ni kiranya berfungsi untuk membantu sistem imuniti badan. Seperti yang kita dah sedia tahu,Vitamin A ni memang penting untuk mata. Tetapi,Vitamin A juga sangat diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja bagi membantu proses tumbesaran dan membina tulang serta gigi yang kuat. Vitamin A juga diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan sel-sel yang sihat dan juga bagi memastikan tulang dan gigi kita sentiasa kuat.

Mengapa Kita lebih perlukan Carotene

        Carotene merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan berwarna merah,oren dan kuning ( seperti lobak merah dan tomato). Carotene juga terdapat dalam kentang dan sayuran berdaun dan berwarna hijau gelap. Badan kita akan menukarkan carotene menjadi vitamin A sebelum badan kita dapat menggunakannya. Antara cara untuk mendapatkan Vitamin a adalah dengan mengambil atau makan banyak tumbuhan yang mengandungi carotene- iaitu sayur atau buahan yang berwarna merah,kuning  dan oren. Carote diperlukan oleh badan kerana dar carotene nila  yang akan ditukarkan dalam badan menjadi Vitamin A.

Jika anda ada Sebarang Pertanyaan,konsultasi dan pesanan jangan segan untuk hubungi saya di :



No comments:

Post a Comment