Apakah Vitamin??

        Hari-hari kita dengar pasal vitamin...Vitamin untuk itu la..ini laa...tapi adakah kita benar-benar tahu ape benda vitamin ni??

       Kalau nak tahu Vitamin merupakan sejenis sebatian kimia organik ( carbon- containing) yang mana badan kita harus dapat dalam jumlah yang kecil bagi meneruskan proses pertumbuhan yang normal,untuk metabolism( menghasilkan tenaga dalam sel-sel badan) dan juga untuk kesihatan.

      Kita memerlukan vitamin untuk menghasilkan enzim dan hormon. Dua-dua bahan ni amat penting untuk badan untuk menghasilkan tindak balas kimia yang diperlukan oleh badan bagi tujuan untuk terus hidup.





Apa pulak enzim dan hormon??


Enzim /enzymes 
- sebatian kimia dalam badan kita yang terhasil dari gabungan protin,vitamin,dan mineral. Enzim membantu mempercepatkan tindakbalas dalam badan kita. 

      Hormon/ Hormones
         - penghantar/messengger yang memberi isyarat kpd organ dalam tubuh apa yang perlu dilakukan. Hormon mengawal pelbagai aktiviti termasuk mengawal proses pertunbuhan,tekanan darah, denyutan jantung, aras glukosa dan ciri-ciri sexual.

Kesemuanya,terdapat 13 vitamin. Dan badan kita memang memerlukan kesemua 13 vitamin ni... Apa yang Perlu kita tahu,vitamin bukan makanan,dan bukan juga pengganti makanan. Vitamin tidak mempunyai kalori dan tak dapat memberikan tenaga secara terus, tetapi badan kita memerlukan vitamin terutamanya vitamin B untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Dalam entri sebelum ni pun saya dah ade cerita pasal vitamin ni...umumnya vitamin ni terbahagi kepada 2 kumpulan. Vitamin larut lemak dan Vitamin larut air

Vitamin Larut Lemak
     Secara ringkasnya vitamin larut lemak ni adalah vitamin yang tersimpan dalam tisu-tisu yang berlemak dan juga dalam hati. Vitamin A,D,E dan K merupakan vitamin larut lemak. Dan nama pun vitamin larut lemak,vitamin- vitamin ni larut dalam lemak dan bukan dalam air. Vitamin larut lemak ini boleh disimpan dalam badan. Jadi kita tak perlu untum mengambil vitamin ni setiap hari. Pengambilan vitamin larut lemak yang berlebihan akan memudaratkan diri dan mengakibatkan masalah pada badan.

Vitamin Larut Air
        Semestinya ia larut dalam air. Vitamin larut air ni tidak disimpan dalam badan dalam jangka masa yang panjang. Ia mudah musnah,sebab vitamin ni larut dalam air. Jika terdapat vitamin larut air yang berlebihan,ia akan dibuang melalui peluh atau pun urin. Vitamin C dan B merupakan vitamin larut air. Oleh sebab vitamin larut air ni tak disimpan dalam badan,jadi kita perlu dapatkannya setiap hari.

^_^

No comments:

Post a Comment