Panduan Memilih Vitamin : Multi Vitamin dan Multimineral


              Zaman moden sekarang ni,semua benda bergerak dengan laju dan pantas...Kita pun kebanyakkannya  sangat sibuk berkerja..sampai kadang- kadang lupa waktu makan..Waktu tidur pun kadang-kadang  tergadai...Bila benda asas dalam kenidupan kita terganggu..secara sedar atau tak,sistem badan kita juga terganggu..mula la rasa lesu,cepat penat,sakit kepala,cepat marah,buat keje pun tak produktif...

            Sebenarnya Ini berlaku apabila badan dan sel-sel dalam tubuh kita tidak dapat rehat dan nutrisi yang mencukupi atau dalam kadar yang sepatutnya....





              Tapi,macamana nak buat kan...dah kata keje,nak tak nak kena buat....Kalau dah waktu makan dan tido pun tak sempat...nak amik suplemen bagai memang tak la kan..mane ade masa nak telan banyak-banyak pil etc....

             Jangan risau..kalau la kata korang ni tergolong dalam golongan yang 'SUPER BUSY' ni..tapi masih ingin terus kekal cergas dan cerdas...saya sarankan,amik multivitamin...Kali ni saya nak kongsi tip macamana nak pilih multivitamin dan mineral yang bagus...

            Menurut Dr Bruce Miller,multivitamin yang bagus atau baik seharusnya mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral lain yang tersenarai dalam US RDA. Selain tu,multivitamin yang bagus perlu mengadungi sekurang-kurangnya 100% bekalan harian yang diperuntukan oleh US RDA bagi standard multivitamin.

          Multivitamin yang bagus juga seharusnya mengandungi kandungan biotin dan asid folik..Kenapa?? Kedua-dua vitamin ini merupakan vitamin yang mahal,jadi biasanya,pengeluar multivitamin cenderung untuk meninggal atau mengeluarkan kedua-dua vitamin ini bagi menghasilkan vitamin yang lebih murah. Jadi,pastikan sebelum korang membuat keputusan untuk membeli mana-mana multivitamin,periksa dulu kandungan vitamin yang tersedia di dalam setiap tablet.

        Badan kita memang memerlukan vitamin dan mineral untuk pastikan badan kita sentiasa sihat...Bukan untuk sihat je,nutrisi yang cukup dapat memastikan proses yang sepatutnya berlaku dalam badan dapat dilakukan secara normal dan sempurna.     

Tapi,apakah fungsi multivitamin??

- Mengambil multivitamin juga merupakan satu titik permulaan yang baik bagi memulakan program pemakanan. 

- Multivitamin juga dapat membantu menyeimbangkan kekimiaan dalam badan.

- Kesihatan badan juga dapat diperbaiki secara keseluruhan dengan pengambilan multivitamin.

- Tak semua orang makan semua jenis makanan,contohnya golongan vegetarian, berkemungkinan juga nutrisi yang dibekalkan oleh badan tidak mencukupi. Pengambilan multivitamin juga dapat membantu top up balik mana-mana vitamin dan mineral yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan harian kita.

- Bila vitamin dan mineral yang dibekalkan dalam badan mencukupi, makanan yang kita makan juga dapat di proses secara sempurna oleh organ kita. Ini kerana,vitamin dan mineral sangat penting bagi menghasilkan enzim dan hormon dalam badan..

Bila enzim dan hormon cukup dalam badan,organ dalam sistem tubuh pun dapat berfungsi dengan sepatutnya....Jadi..jangan tunggu lagi..nak badan sihat,kena mula dari sekarang....

^_^

No comments:

Post a Comment