Tetiba je rasa nak minum susu badam...Sebelum ni memang ingat susu badam ni hasil dari campuran susu segar dan buah badam....Nak jadikan cerita,saya browse la internet nak tengok macamana rupanya susu badam ni...Pelikkan...tak tahu bendanya macamana..tapi teringin sangat-sangat nak minum...then jumpa banyak sangt cara-cara nak buat susu badam ni..memang tersangatlah senangnya...pejam mata pun boleh buat....tapi, yang pasti...susu badam ni memang tak dicampur dengan susu tau...
Badam juga merupakan antara makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat...Badam bukan la dalam golongan kacang..Pokok badam berasal dari Asia Barat Daya ( Saya pun tak pasti Asia Barat Daya tu bahagian mana...kikiki)..dah lama tinggal subjek geography..
Badam memang antara makanan yang menyihatkan,Badam boleh dimakan mentah,kukus atau juga boleh dicampur dalam makanan seperti kuih dan banyak lagi......Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein berbanding dengan bijirin lain.
Kandungan vitamin B dalam Badam juga melebihi kandungan vit B dalam telur,begitu juga dangan kandungan niacin yang terdapat dalam Badam lebih tinggi daripada kandungan niacin yang terdapat pada gandum. Kandungan lemak dan karbohidrat dalam badam juga tinggi (lemak baik tau,sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet),badam juga mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.
Badam juga kaya dengan kalsium. Kandungan fosforus dalam badam juga mengatasi kandungan fosforus yang terdapat dalam keju. Badam memang amat sesuai untuk dijadikan taua diperkenalkan kepada kanak-kanak. Ini kerana khasiat badam dapat membantu pembesaran kanak-kanak juga membantu dalam pembinaan tulang dan gigi. Bagi orang dewasa pula,memakan badam dapat membantu menyihatkan jantung.
Jom sama-sama mengamalkan sunnah dari junjungan kita..bukan sahaja dapat pahala...kebaikan untuk tubuh kita dan keluarga kita pun kita dapat...
p/s: kalau nak try buat susu badam ni..boleh la tengok resepi kat SINI k..ade cara step by step..
..KERANA KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN..
No comments:
Post a Comment