Zink ni merupakan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita..Kenapa ia penting? Sebab Zink ni diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Zink amat penting untuk Sistem imunisasi,pertumbuhan dan perkembangan seksual manusia. Kebaikan Zink ni saya petik dari blog MamaFaiz
Saya kongsikan kepentingan Zink untuk badan kita :
- Penjagaan Kulit : Dalam kajian telah mandapati zink berkesan untuk penyembuhan jerawat atau akne. Penggunaan zink adalah lebih berkuasa daripaa placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik.
- Ekzema : Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik. Ekzema merupakan gangguan keradangan kulit yang kronik. Sebahagian besar dari masalah Ekzema adalah kerana masalah kekurangan zink. Zink penting untuk penyembuhan jangkitan kronik serta membantu tubuh kita mengembalikan keupayaan untuk pulih dan sembuh dengan sempurna.
- Jerawat/Akne : Zink sangat penting untuk menghapuskan jerawat pada kulit. Zink bertindak mengawal jumlah testosteron dalam badan yang mana testosteron berlebihan adalah penyebab kemunculan jerawat pada kulit. Selain dari itu juga, zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang dapat membantu menormalkan jumlah minyak kulit secara tak lansung dapat mengekalkan kesihatan kulit.
- Penyembuhan Luka : Masalah luka lambat pulih adalah berkaitan dengan kekurangan zink dalam badan. Ini keranan,zink merupakan salah satu mineral penting yg diperlukan untuk menggalakkan proses sintesis kolagen yang dapat membantu proses penyembuhan luka.
- Gangguan Prostat : Zink sangat penting dalam menghalang masalah gangguan prostat. Kekurangan zink akan menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan mendedahkannya kepada kanser.
- Hilang Berat badan : Zink berperanan penting dalam penurunan berat badan serta mengawal selera makan.
- Mengandung: Zink penting untuk proses pembaikan serta fungsi DNA. Zink amat diperlukan bagi pertumbuhan cepat sel-sel serta membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
- Pembiakan : Bagi lelaki,Zink membantu proses spermatogenesis serta perkembangan organ-organ seks. Bagi wanita pula,ia dapat membantu dalam semua fasa pembiakan,termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
- Fungsi Biologi : Zink memainkan peranan penting dalam pembiakan,mengawal kencing manis,tahap tekanan/stress,rintangan imun,bau dan rasa,pertumbuhan fizikal,selera makan serta penghadaman.
- Jangkitan : Zink dapat membantu dalam proses mengesan rasa,bau,serta memberikan bantuan kpd penyembuhan luka,meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakan pertumbuhan janin.Zink jg dapat membantu dalam melindungi daripada gangguan jangkitan kulat termasuk jangkitan paru-paru dan konjunktivitis.
- Antioksidan : Zink berperanan sebagai antioksidan dan secara asasnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia,termasuk sintesis protein,fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat....
Oklah...setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan...(anakanda dah bangun tido plak)..nantikan sambungan kepentingan zink untuk badan pada post seterusnya ok...
Sharing is Caring... >_<
[ Nasriah Ashikin Mat Nadzir ]-nas/shikin-Shaklee Independent Distributor {ID No: 881959}
012-9553405 [nasriaheid@gmail.com]
No comments:
Post a Comment